♥ myien ♥ The Fairytale of My Life: Page 193 of 366 (2012)

Wednesday, July 11, 2012

Page 193 of 366 (2012)

Aku sebuah Blackberry. 

Myspace Dividers myspace graphics

Aku sebuah telefon pintar. Nama aku Blackberry Bold 5. Aku di pamerkan di Tesco D'Village, Kepong. Aku bertemu banyak telefon-telefon bimbit yang lain di situ. Banyak jenis telefon yang dipamerkan di situ. Walaupun aku mempunyai pelbagai kecanggihan yang diingini oleh ramai remaja, akan tetapi ramai yang tidak menyedari kewujudanku. Ini kerana aku masih baru dicipta.

Setelah sebulan dipamerkan, datanglah seorang gadis yang ingin membeli telefon pintar yang baru. Gadis itu amat tertarik dengan ciri-ciriku yang nipis serta mempunyai processor yang laju. Setelah aku di angkat & di belek, gadis itu berjaya memujuk ibunya untuk membeliku sebagai hadiah hari jadinya.

Gadis itu amat menyayangi aku. Di anggapnya aku seperti kekasihnya. Ke mana sahaja, aku mesti berada kemas di dalam genggamannya. Saban hari, aku di cuci, di lap & di belikan baju baru. Setiap masa gadis itu akan membelek aku, tanpa membenarkan aku hilang dari pandangannya. 

Sekarang, walaupun aku sudah mula buat perangai, dengan berkelakuan gelong serta lembap, gadis itu tetap menyayangi aku, tanpa jemu. Apabila tiba waktunya aku kejung, gadis itu dengan sabar memujuk aku untuk tidak menghampakan dia. Aku sungguh beruntung kerana mempunyai seorang tuan yang amat-amat sayang akan aku.

Aku mohon untuk terus berkhidmat untuk tuan aku. Akan aku mencuba untuk tidak menghampakan gadis itu. Semoga gadis itu terus bersabar melayan kerenah aku. Semoga gadis itu tidak menggantikan aku dengan musuh aku, si iPhone 4s. Pastinya kalau itu berlaku, aku akan berasa amat cemburu.

Sekian terima kasih.

Myspace Dividers myspace graphics

Ini hasil ngomelan Myien di office ketika tidak sihat & bosan.
 Harap terhibur. 

1 comments:

Hafiz Baharson said...

haha. kelaka. mcm bace karangan biografi SPM.

 

♥ Blog Template Originally by Pinky Myien ♥