♥ myien ♥ The Fairytale of My Life: Page 89 of 366 (2012)

Thursday, March 29, 2012

Page 89 of 366 (2012)


Photobucket Hai kawan-kawan! 
Saya ada cerita/samting nak bagitau. Korang nak tau ke tak nak tau ke saya nak bgtau jugak. kikiki. Sebenarnye kan, saya ada satu impian. Impian saya ni terhasil dari apa yang pernah jadi di sekeliling saya. InsyaAllah, suatu hari nanti, bila saya dah berkerjaya, bila saya dah berjaya, saya nak membantu orang-orang yang susah. Orang-orang yang perlukan tempat untuk berlindung. Setiap malam saya nak tido, saya akan terfikir pada orang-orang yang takde tempat tinggal. Takde keluarga takde siapa. Pada siapa dia mengadu? Pada siapa lah orang-orang tu berlindung.

InsyaAllah bila saya dah berjaya, saya nak tolong sehabis baik saya. Saya tak sanggup nak fikir ape nasib diaorang. Panggilah saya cliche ke ape ke tapi sumpah itu niat saya. Saya tak dapat nak bayangkan macam mana nasib diaorang 

Saya sangat happy sebab sekarang ni, sedikit sebanyak, saya dah mula menjinakkan diri saya dengan dunia "Charity". Dan makin lama, rezeki kami nak buat charity event makin banyak.
Syukur Alhamdulillah.  I'm blessed. 

Saya tak sabar sangat nak merantau seluruh Malaysia & tolong orang-orang yang susah. Saya nak habiskan hidup saya dengan berbakti dengan orang. Bukan senang, saya tahu. Tapi Allah sentiasa membantu hamba-Nya yang berniat baik bukan?

Tujuan saya tulis belog ni adalah untuk ingatkan diri sendiri pada masa hadapan. On the things that I should do when I dah berjaya suatu hari nanti. 

Itu sahaja ngomelan saya hari ini, babai
Assalamualaikum

mult.gif Cute Flowers image by kazphoto

PhotobucketKau VIP di hati aku, kasih, kau perlu tahuPhotobucket

0 comments:

 

♥ Blog Template Originally by Pinky Myien ♥